UNTUK BISNES OWNER MALAYSIA

Sales masuk.
Tapi untung ke?

Order makin banyak. Packing makin sibuk.
Lepas tolak fee, ads, parcel dan return…
berapa yang betul-betul tinggal?

✓ Percuma digunakan ✓ Tak perlu pandai akaun ✓ TikTok, Shopee & website

untungke.com / price calculator● Your next smarter decision
Paparan sistem UntungKe dengan input kos produk, pilihan platform dan cadangan harga jual RM84.79
↗
Jangan main agak-agak.Nampak kos. Tahu untung.
SATU PRODUK. PLATFORM BERBEZA.♪ TikTok Shop♧ Shopee◎ Website sendiriUNTUNG PUN BOLEH BERBEZA.

SOUNDS FAMILIAR?

Bisnes jalan.
Tapi nombor masih kabur.

Rajin menjual itu satu hal.
Tahu setiap sale berbaloi — itu satu lagi.

01 / SALES ADA

“Jual banyak, tapi duit
pergi mana?”

Modal dah tolak. Tapi fee, ads dan kos parcel belum kira. Baki yang anda sangka untung mungkin belum betul-betul untung.

02 / HARGA IKUT ORANG

“Competitor jual RM59.
Aku ikut je lah.”

Kos mereka tak semestinya sama dengan anda. Harga yang menjadi untuk orang lain boleh makan margin sendiri.

03 / NAK LAUNCH ATAU PROMO

“Letak harga berapa?
Boleh diskaun lagi ke?”

Nak tarik customer, tapi takut tersalah harga. Anda perlukan angka untuk buat keputusan, bukan teka-teki.

↳

Kadang-kadang, bukan kena tambah sales dulu.
Kena tahu untung setiap sale dulu.

CUBA TENGOK BEZA INI

Nampak Untung RM39.
Rupanya Rugi -RM9.

Harga jual tolak modal sahaja belum cukup. Bila semua kos masuk kira, rupanya setiap order dalam contoh ini rugi RM9.

Contoh ilustrasi satu order, bukan kadar rasmi platform. Tiada bayaran shipping diterima penjual dalam contoh ini.

UntungKe?SIMULASI / 001
Harga jual selepas diskaunRM79.00
Kos produk− RM40.00
Penghantaran stok masuk− RM1.00
Packaging & upah packing− RM2.00
Fee platform− RM15.00
Marketing / ads− RM25.00
Shipping ditanggung penjual− RM3.00
Operasi & risiko return− RM2.00
Anggaran rugi / order-RM9.00
↘

Lepas tolak semua kos dalam contoh. Sebelum cukai pendapatan.

KIRA DULU. BARU LETAK HARGA.

Kurang teka-teki.
Lebih yakin nak menjual.

01 — HARGA JUAL

Nak launch produk?
Mulakan dengan harga
yang masuk akal.

Masukkan kos dan sasaran untung. Dapatkan cadangan harga jual berdasarkan angka anda.

CADANGAN HARGA JUAL / UNITRM 84.79
✓ Berdasarkan kos & sasaran anda
Ilustrasi paparan sistem
02 — BANDING PLATFORM

Produk sama.
Untung tak semestinya sama.

Bandingkan TikTok, Shopee dan website dengan tetapan fee dan marketing masing-masing.

♪ TikTokShopee◎ Website
03 — PROMO DENGAN KIRAAN

Diskaun boleh.
Margin kena jaga.

Semak harga minimum promo dan had diskaun berdasarkan sasaran minimum untung anda.

Harga promoAda had. Ada panduan. ↗
04 — MARKETING & KOS

Ads, parcel, return.
Semua masuk kira.

Pilih CPA, ROAS atau peratus jualan untuk marketing. Masukkan juga kos packaging, operasi dan risiko return.

CPAROAS% Jualan ✓
05 — FEE BOLEH DIUBAH

Fee berubah?
Kiraan pun boleh ikut.

Laraskan fee mengikut kadar yang terpakai kepada kedai anda. Semak semula margin sebelum terus menjual.

Fee platformUbah kadar ↗

TAK PERLU JADI ACCOUNTANT

3 langkah.
Dah boleh nampak nombor.

Okay, saya nak cuba ↗
01

Daftar & sign in

Isi nama, nombor telefon, nama syarikat, email dan kata laluan. Cipta akaun percuma anda.

02

Masukkan kos anda

Kos produk, shipping, packaging, marketing dan fee platform yang berkaitan.

03

Semak. Banding. Decide.

Lihat anggaran untung. Cuba harga atau diskaun lain dan tengok kesannya.

♧

🛡️ 100% Percuma. 🔒 Data Anda Dijaga.

Kami menghormati privasi anda. Data anda tidak akan dijual atau dikongsi dengan pihak luar untuk tujuan promosi yang tidak berkaitan.

Maklumat anda hanya digunakan untuk pengurusan akaun, kemas kini sistem dan hebahan inovasi baharu daripada DIGITA yang boleh membantu perniagaan anda.

ADA SOALAN?

Jom, kita
jelaskan dulu.

Supaya anda boleh mula kira
dengan lebih yakin.

Betul ke UntungKe percuma?

Ya. Daftar akaun menggunakan nama, email dan nombor telefon, kemudian sign in untuk menggunakan UntungKe secara percuma.

Belum mula berniaga. Boleh guna juga?

Boleh. Masukkan anggaran kos dan cuba beberapa harga sebelum tentukan harga launch. Semakin tepat kos anda, semakin berguna hasil pengiraan.

Platform apa yang boleh dibandingkan?

TikTok, Shopee dan website sendiri, dengan tetapan fee serta kos marketing bagi setiap platform. Harga yang sama boleh menghasilkan margin yang berbeza.

Fee platform berubah-ubah. Macam mana?

Anda boleh mengubah kadar fee mengikut kadar yang terpakai kepada kedai anda. Semak penyata platform; kadar contoh dalam sistem bukan kadar rasmi terkini.

Sistem tarik data jualan secara automatik ke?

Pengiraan dibuat berdasarkan angka yang anda masukkan. Masukkan kos dan fee yang relevan supaya anggaran mencerminkan situasi perniagaan anda.

Tak tahu CPA atau ROAS. Boleh kira marketing?

Boleh. Pilih peratus jualan, contohnya 30%. Kos marketing dikira daripada hasil jualan produk selepas diskaun dan voucher penjual, tidak termasuk shipping.

Macam mana kos return diambil kira?

Masukkan anggaran kadar return dan kerugian tambahan bagi setiap return. Sistem menyediakan peruntukan risiko setiap order; ia bukan caj yang pasti dikenakan kepada setiap order.

Boleh tahu had diskaun untuk promo?

Boleh. Sistem menganggarkan harga minimum promo dan had diskaun berdasarkan kos serta sasaran minimum untung yang anda masukkan.

Untung yang dipaparkan confirm saya dapat?

Ia ialah anggaran berdasarkan input anda, sebelum cukai pendapatan. Kos yang tertinggal atau berubah akan mempengaruhi keuntungan sebenar. Harga cadangan juga perlu dinilai bersama permintaan dan kedudukan jenama anda.

Boleh guna melalui telefon?

Boleh. Buka UntungKe melalui browser telefon atau komputer dan sign in. Tak perlu download aplikasi.

Bagaimana maklumat saya digunakan?

Maklumat anda hanya digunakan untuk pengurusan akaun, kemas kini sistem dan hebahan inovasi baharu daripada DIGITA yang boleh membantu perniagaan anda. Data anda tidak akan dijual atau dikongsi dengan pihak luar untuk tujuan promosi yang tidak berkaitan.